Ada sorang jururawat kat sini yang tak sabar-sabar nak suruh patient blah dari wad kecemasan tau. Kenkadang tu sampai dia sendiri teka2 apa penyakit patient tu pas tu hantar balik rumah! Kalau I ada bantahan, dia akan pergi borak ngan patient tu pas tu somehow akan convince patient tu untuk balik rumah. Entah hape la dia hasut I pun tak tau la.
Jadi, sekarang ni kalau dia cerita kat I pasal patient I akan dengar gitu2 je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia selalu bagi maklumat yang bias. Masa mula-mula kerja sini, selalu terikut cakap dia sebab kita baru kan. Sekarang dah tau tebiat dia, tau la dia ni takleh pakai. Tapi yang dilemanya, jururawat ni baik la jugak. Dilema kan?
Beberapa senario:
1. Budak kecik datang belakang telinga dia bengkak giler. Nampak "unwell". Jururawat tu datang kat I cakap "Ala budak tu bengkak sikit je belakang telinga dia. Selsema and sakit telinga biasa". I cam bo layan je. Bila interview mak pesakit tu dan tengok bengkak tu, I rasa macam budak tu ada mastoiditis tau (sila google). Teragak2 jugak nak buat diagnosis tu sebab agak rare penyakit tu. Bila I bagitahu jururawat tu yang I nak pakar kanak-kanak datang tengok budak ni, dia tak puas hati giler. Dia kata "Ala itu pun nak panggil pakar kanak-kanak ke? Hantar je balik rumah suh GP dia jumpa". I rasa cam down tau. Takde keyakinan diri plak nak buat diagnosis tu. Ada rasa takut jugak nak call paeds. I pun suruh doktor senior I gi jumpa pesakit tu. Dia pun rasa mastoiditis. Dipendekkan cerita, pesakit tu kene masuk hospital, bagi IV antibiotik and then kene transfer dia to bigger hospital sebab hospital ni takde ENT surgeon.
Lega tak I berani buat diagnosis tu? Aliya 1 Jururawat 0. Yang ni I menang.
2. Ada pakcik tua ni dia scrape off secebis daging dari lutut dia sebab jatuh atas kotak kayu. I kata kat dia plastic surgeon perlu tengok luka tu sebab kene operation khas tau (skin graft). I siap ambik gambar luka tu sebab hospital ni takde plastic surgeon so kene email/MMS ke hospital lain. Jururawat ni tak puas hati. Dia kata dia pun boleh rawat luka tu. Huhu. Sekali lagi I jadi takde keyakinan diri. Jururawat ni pergi bagitahu pakcik tu yang dia boleh balut je luka tu. Pas tu dia gi balut je la luka tu. Pas tu pakcik tua tu cakap ngan I dia takmo tunggu berita/pendapat plastic surgeon, dia nak terus balik rumah. Hmm ok. Dia pun balik rumah. 5 jam kemudian, plastic surgeon tu telefon I and bagitahu yang pesakit tu perlukan IV antibiotik dan pembedahan segera. Malangnya pesakit tu dah balik dah la. Aliya 1 Jururawat 1. Kalah kali ni.
3. Tadi ada pakcik tua datang ngan ambulans sebab dia hampir pengsan sebab pening kepala (vertigo) yang amat & mual. Dia berpeluh2 pas tu dia kata kaki dia dua2 kebas. Pas tu si jururawat ni kata kat I "Pesakit ni ada triple A" (Abdominal aortic aneurysm, again sila google). I panic giler. Pesakit yang ada triple AAA boleh mati cam tu je tau. I cam terlampau panic sampai takleh pk betul2. Pas tu mintak tolong senior doctor jumpa pesakit ni dulu. Dia pun jumpa la…dia dah exclude serious things baru dia kasi I jumpa. I pun calm down. Lepas tu baru la boleh fikir ngan betul. Kene balik kepada symptom yang asal..iaitu vertigo dan mual. Last-last patient tu I diagnose labyrinthitis (sila google ha ha) aje. Kaki kebas dia tu dah lama dah sebab dia memang lama ada problem ngan tulang belakang dia. Jauhnya beza ngan triple A!
Kali ni takde la sape menang ke kalah. Seri. Aliya 1 Jururawat 1.
Tak tau la apa masalah jururawat tu. I cadangkan dia masuk kursus perubatan aje la kalau asyik nak jadi doktor aje. Tapi I anggap macam benda ni positif la. At least bila dia buat camtu I dapat bina keyakinan diri supaya dapat pertahankan diagnosis sendiri.
6 comments:
I understand your entry!! yeay.... I can now see the fruit of hanging around malaysians for 6 years... nyehhehehe:D
btw, point no 1 reminded me of a boy who passed away having been denied from seeing a doctor in ED. was it in perth?--cant remember. basically he had been sick for a few days, visied ED and was told 'it was just a flu, you'll be alright', was sent home without being seen by a doctor. He died the next day.
te he he ...cakap melayu kali ini, nasib baik tak ada bahasa sms :D
saya cadangkan aliya jangan dengar cakap jururawat tersebut. itu jururawat perasan bagus!
p/s: banyak betul nak kena google kali ini :)
hahaha! I think that the nurse rasa dia tu senior, so she must know a lot compared to you. Lepas tu tengok muka aliya, innocent je (dalam hati dia, budak mentah ni <--agak je tu) hahaha.
Ala, think of is devil's advocate, baru aktif otak, betul tak?
Alaa i tau penyakut twlubga tu walaupun i tak geti eja. Lol!!!
Is it me or what? I baca ni, i rasa you menang semua hands down. Time to build up the confidence there.
eeii benci tau type kat small qwerty pad ni. what i meant was "Allaaaa i tau penyakit telinga tu walaupun i tak geti eja."
erika- he he he. i always assume you can understand malay because it's so similar.
that's scary about that boy!! did the triage nurse get under fire?
zan- i can't stand bahasa sms ha ha! even though i takde la cakap bahasa baku tp ejaan tu kene betul la.
so did you google it all? haha..banyak belajar.
kak aini- hehe. dia takde la tua mana. entah2 i lagi tua dari dia. sebab nursing course is only 3 years..derang umur 21-22 dah jadi nurse. so kalau dia dah jadi nurse 5 tahun sekalipun (which i doubt), she'll only be 26/27. it's just nurse kat situ agaknya derang kene pandai berdikari sebab doctor ada sikit aje. so derang pun nak buat2 perangai cam doctor jugak.
lollies- heheheeh!!! which penyakit telinga? mastoiditis or labyrinthitis?
Post a Comment