Sebenarnya dah lama perasan benda ni tapi saje nak tulis sekarang sebab ada isu berlaku. Kan kitorang nya guild exam dalam 3 minggu lagi. Tapi ramai la plak orang komplen dan bagi macam-macam alasan kenapa dia tak boleh ambik exam pada hari2 tersebut. Suruh pengajur tangguhkan exam la dan macam-macam lagi.
Tension aku. Aku tulis la komen kat mailing list tu.. kalau la guild ni universiti..ada ke orang mintak tangguh2 exam?? Mana de kan. Mengarut giler kalau tulis surat kat uni tak boleh exam sekian sekian hari sebab nak pindah rumah la, sedara mara datang ziarah la, anak ada exam la, tak cukup masa nak study la. Kita yang kene sediakan masa utk exam bukan terbalik plak. Kalau ada alasan yang tertentu, mintak la special consideration ke. Tapi tak perlu le hantar email kat semua orang dan penganjur suruh tangguhkan exam dan sebagainya. Lagipun aku tak nak dengar la alasan2 kamu tuh.
Point nya ialah... guild ni main-main aje ke? Kan benda ni pengajian yang serius. Pengajian sepenuh masa kan. Jadi kene la ikut institut tu punya timetable. Ada ke boleh sukati sendiri aje. Dah la kita diberi kebebasan bila nak dengar lecture tu, boleh dengar kat rumah, tak perlu hadir ke kelas. Dah banyak kemudahan diberi.
Ada yang siap petisyen lagi supaya exam ditangguhkan sebab banyak sangat nak cover, tak sempat nak habis study. Kalau nak tunggu semua orang habis sempat mengulangkaji ..mengarut giler. Ada ke cam tu. Patutnya kene study awal-awal la... kalau last minute baru nak study.. memang salah sendiri ler.
Pas tu ada la pakcik sorang ni kat mailing list tu jawab balik komen aku tuh. Katanya analogi yang aku buat pasal universiti tu tak bleh pakai langsung. Sebabnya guild ni ukhrawi..jadi kene study betul-betul..kalau exam uni aje tu duniawi aje so boleh short cut sini sana and hentam jawapan. Apakah?? Abis tu kalau universiti madinah tu "ukhrawi" la kan..ada ke dia tangguh2 time exam nak tunggu orang semua tahu semua benda?
Tapi ada 10 minggu (8 minggu dah berlalu) untuk "study betul-betul". Adakah study betul-betul tu hanya 2 minggu terakhir sebelum exam?
Pas tu mula la orang semua eksyen pasal betapa busy nya hidup dia sampai tak sempat nak study. Anak ramai la... kerja banyak la... kerja sibuk dan macam-macam lagi. Macam ler dia sorang aje pelajar guild yang tengah juggling studies dengan kehidupan seharian. Kalau sibuk sangat, then kene la burn the midnight oil. Kan nak belajar ni all about pengorbanan. Korbankan tidur. Korbankan masa. Mesti ada pengorbanan. Benda tu tak datang free free aje (walaupun pengajian tu memang percuma tanpa bayaran).
Berbalik kepada ayatku yang pertama sekali hehehe... itu la aku perasan. Orang zaman ni suka benor eksyen kat orang lain betapa sibuknya la dia. Lagi sibuk lagi terer la kononnya. Lagi hebat. Lagi stress lagi seronok la boleh buat cerita kat orang. Kalau nak suka-suka sendiri je takpe lah tapi kadang-kadang tu siap bandingkan dengan orang lain lagi..dan merendah-rendahkan orang lain.
"Ala takat 10 pesakit aje...aku ada 40 pesakit tau!"
"Anak sorang pun dah kecoh/stress/tension. Aku ada anak 8 takde hal pon"
"Aku ada 150 kertas ujian nak kene tanda, then kene gi conference then kene gi meeting tu meeting ni bla bla bla. The whole weekend busy. Ko senang la weekend rilek aje"
Bagi aku, semuanya pilihan masing-masing. Ada orang tu punyala dia busy sangat sebab tak pandai nak uruskan masa bukan sebab dia banyak sangat benda nak buat ponnnn. Ada orang memang suka siapkan kerja masa hari kerja supaya weekend dia memang free. Bukannya dia tak de kerja tapi sengaja tak mau kerja masa weekend.
Lagipun, lain orang lain situasi la. Mungkin 10 pesakit tu semuanya sakit-sakit teruk. Tapi 40 pesakit tu..mungkin 3 orang je yang sakit teruk. Mungkin orang yang anak 8 tu rupanya ada dua maid and makan beli kat luar aje. Lagipun kenapa nak eksyen kalau lagi banyak stress yang kita ada. Boring lah.
Okay panjang plak membebel. Hehe apa2 pun nasib baik tuan guru sudah menegur orang2 yang meminta exam ditangguhkan tuh. Dia kata patutnya kita ni pelajar guild siap sedia pada bila-bila masa je..bukan masa nak exam je. Sebab orang boleh tanya soalan kat kita bila-bila... jadi kene la bersedia untuk jawab. Kalau nak bagi alasan, takkan sampai ke sudah. Lagipun, exam tu LIMA BELAS MINIT aje!!! Aiish sabar je la.
4 comments:
I don't always agree with rants (even if I do them myself, which means sometimes I don't even agree with myself, which is besides the point..ok stop talking..argh), but I really agree with this entry and all of your points. Aside from eksen busy (equating it with hebat..which I've always seen as poor time management), people love to give alasan. I don't know why it never occurs to them that giving excuse is poor childsplay in the school yard. People with good head on their shoulders don't (or avoid as best as they can) give excuses.
Bagus teguran tuan guru.
All the best in your exams!
masa akak sambung masters dulu, ada seorang lecturer dah bagi warning awal2, "it's better for you to start early, so i can check whether ur assignment need to be revised/otherwise rather than asking me to extend ur submission dateline"
surprisingly, semua hantar sebelum due date just for her to check.
yg best tu, my MBA lecturers always told us, don't make excuses to defer the exam dates. kalau tak, kena sit exams on following semester. siapa nak tunggu 3 bulan kan untuk sit for exam?
yup, semua org busy.
thanks nusayba! ehehe ada jugak orang komen bebelan saya. kihkih.
kak aini, oh itu lagi satu isu yang saya tak berapa paham jugak. mintak tangguh deadline. hmm.
wrong type of competition. leading to riya' ek
Post a Comment