Tuesday, 27 July 2010

Bos bos saya

Meh kita story mory pasal derang. Bukan nama sebenar.

Dr Pacat is the big boss. Dia sangat pendek dan kepoh-kepoh orangnya. Selalu misplace handphone and PDA dia sampai kene miscall baru jumpa. Pelik gak apsal tak letak dalam pocket. Patient semua suka dia sebab dia suka buat lawak and dia tau je apa nak cakap kat patient to make them feel motivated. Tulisan dia cantik! Dia sangat berpengalaman, umur dia I guess maybe around early 70's!

Dr Raja Pendek pun pendek orangnya. He's very short and comel-comel. Dia punya English tak berapa bagus, ada slang-slang and tang tang India tapi apa yang dia cakap tu bukan nonsense punya la. Tak berbelit2. Dia ni tak kisah buat kerja intern..hebat la doctor nih. Hari tu tolong I buat admission..terharu. Pas tu sayang dia ni sebab hari yang I kene paksa kerja on my afternoon off and tak bawak bekal, dia pinjamkan duit. Baik giler.

Dr Raja Pendek dah pindah ward lain so ada Dr lain ganti dia. Dr Ajik. Dia ni separuh German, separuh Poland. Pandai cakap Serbia, Polish, German, Russian. English dia sangat bagus (i.e. vocab and fluency) tapi ada macam Russian slang yang pekat. Suka dengar dia punya accent! Her ward round is the best sebab dia actually dictate apa yang I patut scribe in the notes hee hee.

My registrar, is Malaysian Indian. She's only one year older than me tapi dah tahap registrar. Kitorang macam kamceng sebab hampir-hampir sebaya. Kalau nak mengumpat nurse, selalu cakap dalam BM. Kalau nak nak luahkan perasaan marah, bengang ke, dia akan ngadu kat I dalam BM. "Ish bodohlah jururawat mat saleh ni, itu pun nak tanya ke". Haha. I pun kene la jawab "Sabar, derang memang macam tu". Suka borak dengan dia. Dia sangat stylish...setiap hari mesti kasut yang berbeza...selalunya knee high boots. Setiap hari jewellery yang berbeza jugak! Kalau downtime kitorang kamceng, tapi tak lupa la dari segi professional, kita tak setaraf. Dia kadang-kadang bagi I balik awal kalau dah habis kerja cepat. Hehehe. Sporting. Kitorang selalu share ubat-ubatan like panadol, coloxyl and senna! Hahaha.

2 comments:

Unknown said...

haha...ada 1 jenis bos je eh? seronok nih...

أم الليث said...

taaaaak.
Ada bermacam2 jenis bos. tapi bos2 ni yang penting dan jumpa day to day basis.
setiap ward ada bos..iaitu head nurse.
setiap doctor ada bos..i have 2 levels of bosses above me..registrar then consultant.
setiap department ada operations manager yang oversee the whole operation of the ward.
so can answer to all of them. cuma yg penting utk day to day kerja ialah bos doctor saja. and sometimes the head nurse.